Ia disebut sebagai yoo-niks, merupakan satu multi-user yang popular, mula dicipta di Bell Labs ( Bell Telephone Laboratories) pada awal tahun 1970-an. Unix adalah sebuah sistem pegoperasian yang matang, satu perisian yang mengawal komputer dan mempunyai ciri2 terbaik dari segi keselamatan, pelbagai penggunaan dan boleh digandingkan dengan komputer berkapasiti tinggi. Ia direka supaya mudah dikendali, cekap dan mempunyai pelbagai suasana dalam penggunaan komputer. Mempunyai pelbagai versi mengikut pengeluarnya dan agak rumit untuk mempelajarinya bagi kebanyakan pengguna yang masih baru mengenali komputer.
UNIX dicipta oleh sekumpulan pengaturcara. UNIX direka menjadi satu sistem yang kecil dan flexible khusus untuk kegunaaan para pengaturcara. UNIX merupakan sistem pengoperasian yang pertama yang ditulis dalam bahasa paras tinggi iaitu C. Ini bermakna ia boleh di pasangkan secara mutlak dalam mana2 sistem komputer yang terbina Pengkompilan bahasa pengaturcaraan C dari komputer peribadi sehingga ke Supercomputer.
Bell Labs telah mengedarkan sistem pengoperasian ini dalam satu bentuk sumber bahasa supaya sesiapa sahaja yang mendapat salinan boleh membuat pengubahsuaian untuk kegunaan sendiri. Pada akhir tahun 1970, pelbagai versi UNIX telah mula dijalankan di pelbagai tempat dan lokasi. Waktu itu harganya yang murah serta mudah untuk dibawa menjadikannya pilihan utama antara pusat2 pengajian tinggi. (murah oleh kerana peraturan antitrust melarang Bell Labs daripada menjualnya dalam pasaran).
Pada tahun 1982, AT & T mula bergiat menjual UNIX . Ia juga sebagai permulaan proses yang amat panjang dan sukar untuk mentakrif versi piawai sebenar bagi UNIX. Awalnya, terdapat dua dialek utama UNIX iaitu salah satunya dihasilkan oleh AT & T yang dikenali sebagai System V dan satu lagi dihasilkan di Universiti Berkeley dan dikenali sebagai BSD.X,X menjadi nombor dari 1 hingga 3.
Disebabkan ia portable, berkuasa dan flexible, UNIX telah menjadi Sistem Pengoperasian yang penting untuk stesen2 pekerjaan dan pembelajaran. UNIX kurang popular dalam pasaran komputer peribadi tetapi dengan munculnya satu versi baru yang dikenali sebagai Linux , ia telah mula muncul dalam semua platform.
- Standard UNIX yang terkini ialah yang pertama System V Unix yang dibangunkan oleh AT & T ( kemudiannya dimiliki oleh Unix System Laboratories) dan SUN serta OSF/1 UNIX oleh IBM, DEC dan HP. Mereka telah bersetuju dengan standards set yang dibuat oleh Jawatankuasa POSIX , yang kedua adalah keluarga Unix BSD ( Berkely Software Distibution) dan keluaga Unix terakhir dimana kodingnya tiada kaitan lansung dengan koding asal UNIX iaitu klon Unix yang di kenali sebagai LINUX.
Gambarajah (atas): Keluarga UNIX
- Pada tahun 1965 Bell Lab bergabung dengan MIT dan General Electric dan telah membuat ikhtiar untuk membangunkan satu sistem pengoperasian baru, dengan panggilan Multics yang akan membekalkan sistem fail yang Multi-User, Multi processer dan Multi Level (hierarchical) yang mana adalah antara ciri terbaru.
- Pada tahun 1969 AT & T kurang berpuas hati dengan perkembangan projek Multics mereka lalu menarik diri. Sesetengah pengaturcara Bell Labs yang telah membuat projek ini seperti Ken Thomposon, Dennis Ritchie, Rudd Canaday dan Doug Mcllory telah melaksanakan satu versi sistem fail UNIX yang pertama pada PDP-7 seiring dengan beberapa Utiliti. Ia diberi nama UNIX oleh Brian Kernighan sebagai penggunaan kata2 lucu yang mempunyai bunyi yang sama pada Multics.
- 1970 - Jan ! TIME ZERO untuk UNIX
- 1971 – Sistem ini kini dijalankan pada PDP -11 dengan memori 16 kilobytes termasuk 8 kilobytes untuk aturcara pengguna dan disk 512 kilobytes. Penggunaan pertamanya yang sebenar ialah sebagai alat pemproses teks untuk Bahagian hakcipta di Bell Labs.
-
- Penggunaannya telah memberi sebab yang munasabah bagi penyelidikan
selanjutnya oleh kumpulan pengaturcara tersebut. UNIX menjadi popular di
kalangan pengaturcara kerana ia direka dengan ciri2 berikut:
- Persekitarannya mesra dengan para pengaturcara.
- Perantaramuka yang mudah untuk pengguna.
- Utiliti2 mudah yang boleh digabungkan untuk melaksanakan fungsi yang berhierarki.
- Perantaramuka mudah ke alat yang selari dengan format fail.
- Sistem Multi-user, multi-process.
- Senibina yang tidak bergantung kepada yang lain dan lutsinar kepada pengguna.
- 1973 – UNIX ditulis semula yang kebanyakannya dalam C, satu bahasa baru yang dimajukan oleh Dennis Ritchie. Usaha untuk memasukkannya ke dalam mesin baru menurun dengan mendadak kerana ia ditulis dalam bahasa pengaturcaraan paras tinggi.
- Pada tahun 1974 Thompson dan Ritchie telah menerbit satu dokumen dalam Communications of the ACM yang menjelaskan UNIX OS yang baru. Ini telah menarik minat komuniti akademik dimana ia dilihat berpotensi untuk digunakan sebagai alat pengajaran dalam bidang pengaturcaraan. Memandangkan AT & T telah dilarang menjual produk ini berikutan dengan Consent Decree 1956, mereka telah memberikan kebenaran mendapat hak kepada Universiti untuk tujuan pendidikan dan komersil.
- 1977 – Mula terdapat kira-kira 500 laman UNIX di seluruh dunia.
- 1980 – Kemunculan BSD 4.1(Berkeley Software Development).
- 1983 – Sun OS, BSD 4.2, Sys V.
- 1984 – Mula terdapat kira-kira 100,000 laman UNIX yang dijalankan pada platform berlainan perkakasan dengan pelbagai kebolehan.
- 1988 -AT & T dan Sun Microsystems bersama-sama mencipta System release 4 (SVR 4). Ini kemudian akan dibangunkan kepada UNIXWARE dan Solaris 2.
- 1993 -Novell membeli UNIX daripada AT & T.
- 1994 -Novell memberi nama ‘UNIX’ kepada X/OPEN.
- 1995 - Santa Cruz Operations membeli Unixware daripada Novell. Santa Cruz Operations dan Hewlett Packard mengumumkan yang mereka akan membangunkan Unix versi 64-bit bersama.
- 1996 -International Data Corpoiration meramalkan yang dalam tahun 1997 telah ada 3 juta sistem UNIX yang dibawa dengan kapal ke seluruh dunia.
#http://hairilhazlan.com/2010/08/06/apa-itu-unix-dan-pengenalan/
- Penggunaannya telah memberi sebab yang munasabah bagi penyelidikan
selanjutnya oleh kumpulan pengaturcara tersebut. UNIX menjadi popular di
kalangan pengaturcara kerana ia direka dengan ciri2 berikut:
0 Response to "Apa itu unix dan pengenalan"
Post a Comment